Home Kenyataan Media PAS Kedah

PAS Kawasan Padang Serai menyokong penuh keputusan pimpinan parti untuk tidak menyertai kelompok politik Khemah Besar

170
SHARE

Padang Serai – 22 Jun 2022: PAS Kawasan Padang Serai menyokong penuh keputusan pimpinan parti untuk tidak menyertai kelompok politik Khemah Besar.

Demikian menurut Tuan Haji Badrol Hisam Mohd Yusoff, dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan mewakili YDP yang sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadat haji.

Katanya, pengalaman 22 bulan di bawah pemerintahan PH amat perit dan perlu dijadikan panduan dalam memilih rakan persefahaman politik.

Tambahan pula katanya, kelompok Khemah Besar turut disertai oleh DAP yang tidak bersetuju dengan dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Justeru, PAS Kawasan Padang Serai menyambut baik pendirian pimpinan untuk merealisasikan gagasan penyatuan ummah di Malaysia, tambah beliau lagi.

Tuan Haji Badrol Hisam Mohd Yusoff

Setiausaha PAS Kawasan Padang Serai