Home Kenyataan Media PAS Kedah

PAS Kawasan Kubang Pasu Tolak Khemah Besar, Kekal Gagasan Penyatuan Ummah

31
SHARE

JITRA, 23 Jun 2022 – “PAS Kedah menyatakan sokongan terhadap gagasan penyatuan ummah sebagai strategi ampuh mendepani cabaran PRU Ke-15 akan datang. Pendirian ini selaras kenyataan dibuat kepemimpinan tertinggi PAS yang meletakkan keutamaan agenda menyatukan kesemua kumpulan berteraskan ikatan Melayu-Islam, di samping tidak melupakan kepelbagaian kaum di negara ini.” . Demikian ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Senator Dato’ Ustaz Ahmad bin Yahaya baru-baru ini.

PAS Kubang Pasu menyambut baik penegasan yang disuarakan oleh YB Senator Dato’ Ustaz Ahmad bin Yahaya mengenai pemerkasaan gagasan penyatuan ummah bagi mengukuhkan kedudukan politik tera melayu Islam, tanpa meninggalkan kelompok kaum lain yang turut sama menerima gagasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, PAS Kubang Pasu bersetuju dan menyeru semua rakyat menyokong gagasan penyatuan ummah sebagai strategi ampuh mendepani cabaran Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) yang mendatang.