Home Berita PAS Kelantan

Forum Wanita Bangkit pasca endemik tentukan hala tuju NGO Wanita – Dato’ Mumtaz

99
SHARE

KOTA BHARU, 27 Jul: Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga YB Dato’ Mumtaz Md Nawi bersama mantan senator Asmak Hussin menghadiri Persidangan Meja Bulat Wanita Bangkit 2022 pada Khamis, 21 Julai.

Program anjuran Yayasan Rizqah itu diadakan di Hotel Glenmarie dan Golf Resort Shah Alam yang disertai 80 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari seluruh Malaysia.

Menurut Dato’ Mumtaz, proses libat sama NGO Wanita dari seluruh negara termasuk penjawat awam sangat penting dalam forum yang serius dan komited menentukan hala tuju dan kebersamaan.

Hal tersebut dapat memperkukuhkan lagi persediaan wanita berkaitan isu utama wanita khususnya dalam konteks pembangunan wanita yang berkaitan tiga kluster utama iaitu kepimpinan, perundangan dan ekonomi.

“Saya berterima kasih kepada penganjur atas peluang yang diberikan kepada peserta untuk serius berbincang dan berkongsi idea, pengalaman dan cadangan berkaitan “wanita bangkit” dari pelbagai pemegang taruh (stakeholders) dan peserta.

Kami juga bersepakat menyediakan resolusi Wanita Bangkit 2022 sebagai input bagi penambahbaikan dasar dan pelaksanaan termasuk Belanjawan 2023”, katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, Kerajaan Kelantan sentiasa bersedia menyokong sebarang dokumen berkaitan dasar wanita, negara dan pelan tindakan perundangan syariah serta pelaksanaan ‘hiwalah’ (pengalihan penagihan hutang daripada orang yang berhutang kepada penanggung hutang tersebut) dan hakam.

Beliau berharap resolusi yang diserahkan kepada Menteri Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjadi sumber rujukan utama dalam penggubalan dasar berkaitan kepentingan wanita dan keluarga demi memantapkan lagi dasar wanita Malaysia dan agenda wanita Bangkit.