Home Khas

Fokus Kepada Pelan Pemulihan Negara

247
SHARE

KENYATAAN MEDIA
FOKUS KEPADA PELAN PEMULIHAN NEGARA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli Parlimen UMNO yang kekal memberi sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Kita sedia maklum sekurang-kurangnya tiga orang ahli Parlimen UMNO iaitu YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Timbalan Perdana Menteri), YB Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan YB Datuk Seri Dr. Adham Baba (Menteri Kesihatan) sedang menggalas tugasan penting dalam Pelan Pemulihan Negara.

Sekiranya berlaku peletakan jawatan, maka proses pemulihan negara akan terganggu. Maka, sokongan Ahli Parlimen UMNO kepada kerajaan membuktikan fokus utama sekarang adalah untuk menstabilkan politik dan ekonomi, memerangi COVID-19, mencapai imuniti berkelompok serta mensejahterakan kehidupan rakyat.

PAS menyeru agar ahli-ahli Parlimen yang lain turut bersama dan bersatu padu mendukung usaha Pelan Pemulihan Negara. Keadaan sekarang bukan masa untuk berpecah belah.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia
27 Zulhijjah 1442 | 6 Ogos 2021