Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Fitnah Kerajaan PAS Tutup Tabika Kemas

2,258 views
SHARE

Fitnah Kerajaan PAS Tutup Tabika Kemas

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD 14 MAY 2018

KUALA TERENGGANU: Sebaik sahaja PAS berjaya menguasai Kerajaan Negeri Terengganu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, pelbagai isu fitnah ditular di media sosial, Facebook dan WhatsApp.

Sehubungan itu, Exco Kerajaan Negeri, Hanafiah Mat melahirkan rasa dukacita dan kecewa, dengan tuduhan fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Menurut beliau, dakwaan kononnya kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS telah merampas kunci Tabika Kemas dan balai raya berlaku di beberapa tempat di Chukai, Kemaman.

“Saya menafikan semua (tuduhan) itu yang merupakan fitnah. Kita (kerajaan negeri) tidak keluarkan apa-apa arahan supaya kunci bangunan awam termasuk balai raya dan Tabika Kemas.

“Balai raya boleh digunakan seperti biasa dan proses pembelajaran di Tabika Kemas itu pun tidak dihalang, (mereka) boleh berjalan seperti biasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai paparan skrin perbualan menerusi WhatsApp yang tersebar di media sosial berlaku di Kampung Paya Berenjut, Chukai, Kemaman.

Malah jelasnya, sebaik sahaja kemenangan berpihak kepada PAS pada 9 Mei lalu, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah mengarahkan kepada ahli parti agar tidak membuat demikian.

Hanafiah memenangi kerusi Dun Chukai yang disandangnya pada PRU13 lalu, dan menang kali keduanya pada PRU14 dengan majoriti lebih besar, 4,881 undi dalam pertandingan tiga penjuru, Barisan Nasional (BN) dan PKR. -HARAKAHDAILY 14/5/2018