Home Catatan Ramadhan

Feqh Al-Eidain (فقه العيدين)

411
SHARE

FEQH AL-EIDAIN (فقه العيدين)

(Hukum Hakam Berkaitan Hari Raya)

1) TAKBIR RAYA

– Disunatkan memperbanyakan takbir sempena hari raya eidul fitri dan eidul adha.

– Takbir bermula di malam hari raya eidul fitri apabila bulan sudah kelihatan (sudah pasti bahawa esoknya hari raya). Bagi eidul adha pula ia bermula dari subuh Hari Arafah (9 zulhijjah)

– Takbir berakhir apabila selesainya solat eidul fitri. Adapun bagi eidul adha ia mempunyai dua jenis takbir:

1. Takbir mutlaq yang berakhir dengan solat hari raya.

2. Takbir muqayyad (selepas setiap kali solat) ia berakhir pada solat asar hari tasyriq yang terakhir (14 zulhijjah)

– Lafaz takbir ialah:

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Elok juga ditambah dengan

لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد

2) HUKUM-HUKUM BERKAITAN SOLAT HARI RAYA

– Mula disyariatkan ialah pada tahun pertama hijrah.

– Solat hari raya hukumnya sunat muakkad menurut mazhab syafei dan maliki, wajib menurut mazhab hanafi dan fardhu kifayah menurut mazhab hanbali.

– Disunatkan mandi sebelum pergi menunaikan solat hari raya. Bermula sunatnya ialah dari separuh malam dan yang paling baik ialah ketika hampir untuk ke tempat solat.

– Solat hari raya disunatkan juga bagi orang yang bermusafir dan kanak-kanak.

– Bagi wanita pula, disunatkan keluar mengerjakan solat bersama orang ramai jika tidak menimbulkan fitnah.

– Bagi wanita yang ingin keluar mengerjakan solat hari raya disyaratkan tidak memakai bau2an dan pakaian yang menarik perhatian ramai serta tidak bergaul dengan lelaki.

– Jika hari raya bertepatan dengan Hari Jumaat, solat Jumaat juga diwajibkan menurut mazhab syafei.

– Tempat yang paling baik untuk mengerjakan solat hari raya ialah di masjid menurut mazhab syafei. (Di musim PKP perlu dilakukan di rumah sahaja bagi menjaga kesihatan semua)

– Waktunya ialah waktu dhuha iaitu bermula dari selepas terbitnya matahari sehingga hampir waktu zohor.

– Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

– Bilangan rakaatnya adalah dua menurut sepakat ulama.

– Makmum digalakkan bersegera ke masjid, tetapi bagi imam pula lebih baik ia hadir pada waktu hampir mengerjakan solat.

3) CARA MENGERJAKAN SOLAT HARI RAYA

– Tanpa azan dan iqamat.

– Disunatkan mengajak orang ramai berjemaah dengan ucapan:
الصلاةّ جامعة

– Disunatkan mendahulukan solat sebelum khutbah.

– Bacaan doa iftitah sunat dilakukan selepas takbiratul ihram dan sebelum takbir-takbir yang lain.

– Disunatkan bertakbir sebanyak 7 kali pada rakaat yang pertama (tidak termasuk takbiratul ihram) dan lima kali pada rakaat yang kedua (tidak termasuk takbir perpindahan dari sujud).

– Disunatkan bertasbih, bertahmid, dan bertahlil dicelah-celah takbir-takbir tersebut.

– Jika ditinggalkan takbir-takbir ini samada terlupa atau sengaja, sah solatnya kerana ia hanyalah sunat haiah (biasa) sahaja.

– Jika seseorg sudah memulakan bacaan al-Fatihah kemudian baru teringat bahawa dia tertinggal takbir-takbir ini, tidak dibolehkan lagi ia mengulangi semula takbir, tetapi hanya perlu meneruskan bacaan dan solatnya sahaja.

– Disunatkan mengangkat tangan setiap kali bertakbir menurut mazhab syafei.

– Jika imam menambah bilangan takbir yang disebutkan tadi, makmum tidak perlu mengikutnya.

– Disunatkan membaca surah al-a’la pada rakaat yang pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat yang kedua atau surah Qaf pada rakaat yang pertama dan al-Qamar pada rakaat yang kedua.

– Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat.

– Seseorang yang masbuq dia hendaklah menyempurnakan bilangan takbirnya selepas imam selesai bertakbir.

– Rukun-rukun solat dan perkara-perkara sunat yang lain adalah sama seperti solat biasa.

4) KHUTBAH

– Hukum khutbah hari raya hanyalah sunat sahaja. Ini berbeza dengan khutbah Jumaat yang merupakan syarat sah solat Jumaat.

– Tidak disunatkan khutbah jika solat dikerjakan secara berseorangan kerana tiada orang mendengarnya.

– Khatib disunatkan duduk seketika di atas minbar sebelum menyampaikan khutbah.

– Disunatkan bertakbir sebanyak 9 kali pada khutbah yang pertama sebelum memuji Allah, Dan 7 kali pada khutbah yang kedua.

– Khutbah hari raya tidak disyaratkan berdiri, suci dari hadas, dan duduk di antara dua khutbah. Ia hanya disunatkan sahaja.

5) LAIN-LAIN HUKUM

– Digalakkan kita menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakan ibadah, doa dan ketaatan.

– Solat sunat sebelum solat hari raya dan selepasnya tidaklah makruh menurut mazhab syafei selagi ia tidak dilakukan pada waktu-waktu yang terlarang.

– Disunatkan pergi dan balik dari tempat solat dengan jalan yang berbeza.

– Disunatkan memakai pakaian yang paling baik dan baharu pada hari raya.

-Disunatkan mengerjakan solat eidul adha di awal waktunya dan melewatkan sedikit solat eidul fitri.

– Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat eidul fitri, tidak pada eidul adha.

– Digalakkan memewahkan sedikit keluarga pada hari raya.

– Digalakkan memperbanyakan sedekah pada hari raya.

– Digalakkan menzahirkan keceriaan dan kegembiraan pada hari raya.

RUJUKAN

1. Al-Feqh al-Islami, Dr wahbah al-Zuhaili
2. Al-Taqrirat al-Sadidah, Hasan al-Kaf
3. Al-Majmuk, al-Nawawi
4. Al-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi.
5. Dll

Disediakan oleh:
Ust Khairul Azmi bin Ismail Al Hafiz
Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pahang