Home Berita PAS Kedah

Exco penerangan sertai jelajah ramadhan Kedah FM

158
SHARE

Alor Setar, 24 April : Pengerusi Penerangan dan Komunikasi Negeri Kedah, YB Wan Romani Wan Salim bersama menjayakan Jelajah Ramadhan anjuran Kedah FM.

Program tahunan RTM ini dimulai dengan pelepasan konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Alternative Ride Club (ARC) Kedah yang disempurnakan oleh Wan Romani di RTM Kuala Kedah, disini.

Turut sama hadir di program ini Pengarah Urusan TNB Kedah, En Wan Ishak bin Soed; Pengarah Urusan NesQ, En Zamri bin Abu; Ketua Penolong Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, En Muhammad Faisal bin Abu Bakat dan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kedah, Puan Sarimah bt Abu Bakar.

“Seramai lima orang pesakit terlantar dan kurang upaya telah kita santuni di sebelah pagi tadi. Kita juga sempat menziarahi Maahad Tahfizul Qur’an Langgar serta menyampaikan sedikit sumbangan.

“Pada petang ini pula kita akan meraikan 10 orang anak yatim dan 10 orang ibu tunggal dengan memberikan sedikit sumbangan duit raya, katanya ketika ditemuramah di pentas utama program di Masjid Nurul Ehsan Langgar.

Tambahnya lagi “saya berharap lebih ramai syarikat koperat tampil berganding bahu bersama pihak kerajaan dalam membantu meringankan beban asnaf yang terhimpit di Bulan Ramadhan ini.

Program ini telah dijayakan dengan kerjasama beberapa syarikat koperat, antaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan NESQ Utara.