Oleh M SAUFI ARM
Pokok Sena ,12 Jun : Exco Penerangan, Multimedia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, Wan Romani Wan Salim menyampaikan sumbangan kepada petugas dan sukarelawan Klinik Kesihatan Pokok Sena hari ini.
Beliau menyampaikan sumbangan itu bagi menghargai penat lelah petugas yang sentiasa memastikan kelancaran program vaksinasi itu.
Sementara ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood pula menyediakan makanan ringan berupa roti dan minuman kepada penerima vaksin dan petugas hari ini.
Turut bersama lawatan ini AJK Perhubungan PAS Negeri Kedah, Radhi Mat Din dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena, Ustaz Wan Aminuddin Wan Ali.
Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ), Pokok Sena antara daerah yang paling sedikit pendaftaran bagi menerima vaksin, namun keadaan di klinik di situ menampakkan sebaliknya kerana ramai yang hadir tanpa mendaftar untuk mendapatkan vaksin itu.