Home Berita PAS Kedah

Pelbagai usaha sedang digembelingkan bagi meningkat kesedaran penerimaan vaksin

35
SHARE

POKOK SENA, 12 Jun : Kehadiran Exco Penerangan ,Multimedia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, Wan Romani Wan Salim menceriakan suasana di pusat pemberian Vaksin (PPV), Klinik Kesihatan Daerah Pokok Sena, pagi tadi.

Beliau hadir bagi membuat pantauan terhadap sambutan masyarakat untuk menyahut seruan pihak kerajaan bagi menerima vaksin, disini.

Walaupun sambutan yang agak hambar di peringkat awal, namun jumlah penerima vaksin di daerah ini kian meningkat.

Menurutnya, jika pola peningkatan ini terus berlaku, usaha kerajaan untuk mewujudkan “Imuniti Kelompok” akan berjaya.

“Pelbagai usaha sedang digembeling oleh semua pihak bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menerima vaksin”.

“Selain kita berserah kepada ALLAH, kita sebagai hambanya perlu berusaha terlebih dahulu, dan vaksin ini sebagai satu ikhtiar kita semua” katanya kepada media PAS Pokok Sena hari ini.

Turut hadir ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood AlHafiz. Turut mengiringi beliau Pegawai Perubatan Dr Izzat Muhammad, Ketua Pemuda Pokok Sena Wan Aminuddin Wan Ali dan Ketua Bahagian Bersatu Pokok Sena Muhammad Amri Wahab.

Hadir sama, melancarkan proses pendaftaran vaksinansi ialah sukarelawan dari Parti Islam Semalaysia (PAS) Yang diketuai oleh Tn Hj Radhi Mat Din selalu Pengarah JPRD Bukit Lada dan Tn Hj Samad Hassan yang merupakan Tim Pengarah beliau.

Wan Romani turut menyampaikan sumbangan kepada petugas Klinik Kesihatan ini kerana telah berkorban masa cuti mereka demi keselamatan masyarakat.

Pantauan secara berkala oleh semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di semua PPV Negeri Kedah, menunjukkan komitmen tinggi pihak kerajaan negeri bagi merealisasikan komuniti kelompok menjadi kenyataan.