Home Berita PAS Kedah

Exco Penerangan Kedah Pergiat Penerangan Kepada Pelancong Langkawi

83
SHARE

Oleh WAN AMIRUL

LANGKAWI, 9 Oktober:- Exco Penerangan Kedah, Wan Romani Wan Salim turun bertemu pelancong di Pantai Chenang hari ini.

Program turun padang ini merupakan program yang disusun oleh Jabatan Penerangan Daerah Langkawi di bawah program Info On Wheels (IOW). Sehingga 6 Oktober 2021, di bawah Program IOW ini sebanyak 1,452 program telah diadakan dengan melibatkan 8,787 lokasi di Negeri Kedah.

“Marilah kita sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga walaupun di Langkawi ini sudah memasuki ke fasa 4 PPN”.

“Tahniah juga diucapkan kepada Jabatan Penerangan Langkawi yang tidak jemu-jemu turun ke seluruh pelusuk kampung dan daerah bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sahih.” Katanya ketika berucap sebelum membuat edaran kit risalah penerangan Covid-19 kepada para pelancong.

Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Langakawi, Puan Nor Siti Salwa Abdul Razak.