Home Berita PAS Kedah

Exco Agama Kedah santuni ADUN Pedu dan penduduk sekitar

712
SHARE

Oleh ANA NAJWA

PEDU, 27 Sept – Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad meluangkan masa menziarahi ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin di rumahnya, dekat sini.

YB Radzi, 51 dilaporkan telah dimasukkan ke hospital minggu lalu dan selamat menjalani pembedahan melibatkan jantung.

Dalam perkongsian di Facebook, kelihatan YB Dato’ Hj Najmi mengunjungi rakan sejawatnya itu yang lebih dikenali sebagai Paksu Diee selepas memenuhi jemputan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Lubok Perong di Pedu.

Dalam pada itu, beliau turut mengambil kesempatan menziarahi penduduk-penduduk yang terlantar sakit di sekitar Pedu dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.