Home Artikel PAS Melaka

Eratkan ukhuwah melalui program Tadarus dan Khatam Quran – Aziah Saad

29
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 4 Mei : Ketua Dewan Muslimat PAS Masjid Tanah, Aziah Saad berkata, Majlis Tadarus Dan Khatam Al Quran yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi tautan ukhuwah sesama aktivis PAS.

“Kita (AJK Dewan Muslimat) dan guru-guru PASTI dapat berganding bahu dalam menjalankan gerak kerja jemaah.

“Alhamdulillah program berjalan dengan baik seperti yang dirancang dan merupakan program mega sempena Ramadan,” ujar beliau ketika berucap di dalam majlis itu.

Program bermula jam 8.30 pagi dengan aktiviti tadarus secara berkumpulan bermula juzuk 1-30 diikuti oleh Khatam Al Quran Perdana yang diketuai oleh Ketua Lajnah Dakwah DMPMT, Ustazah Wan Ramlah Wan Abu Bakar.

Program yang berlangsung di Markaz PAS Jalan Hujan Panas, di sini, pagi kelmarin itu diakhiri ďengan bacaan doa khatam Al Quran.

Turut dijalankan ialah majlis penyampaian sumbangan asnaf kepada wakil Jawatankuasa Pilihan Raya Dun (JPrD) berbentuk makanan asas dan duit raya kepada guru PASTI yang disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Masjid Tanah, Ustaz Abu Naufal Samsudin.

Beliau yang turut berucap di dalam majlis itu mengucapkan terima kasih kepada DMPKT atas jemputan untuk mengadakan program ini secara bersama.

“Diharapkan dengan sumbangan tersebut menceriakan kita sempena menyambut Aidilfitri akan datang.

“Jasa guru-guru PASTI sangat bernilai mendidik anak bangsa dengan seikhlas hati dan menyumbang tenaga melahirkan generasi Al Quran,” ujar beliau.

Majlis dihadiri seramai 50 orang jemputan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa DMPKMT, wakil Muslimat Cawangan sekitar Masjid Tanah dan guru PASTI Masjid Tanah.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .