Home Berita PAS Wilayah

4 keluarga terima bantuan

167
SHARE

WANGSA MAJU, 4 Mei – 4 keluarga asnaf dan fakir miskin mendapat manfaat daripada program Jejak Asnaf yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS).

Menerusi program itu, pertubuhan berkenaan telah menyerahkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.

Pengerusinya, Mohamad Asri berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban kewangan golongan asnaf dan fakir miskin bagi membuat persiapan Aidilfitri.

“PKMS tidak pernah terlepas untuk memberi bantuan kepada keluarga asnaf, ibu tunggal, anak yatim, dan bantuan bencana alam. Istimewa kali ini kami membuat kelainan dengan melawat sendiri mereka yang memerlukan.

“Apabila kita sendiri turun padang dan melihat sendiri keadaan mereka, barulah kita dapat merasai kesusahan yang dihadapinya”, katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada asnaf.

Tambahnya lagi, melalui aktiviti sebegini juga, pihaknya juga dapat mengenal pasti masalah golongan yang memerlukan bantuan.

“Program Jejak Asnaf ini tidak hanya menumpukan kepada sumbangan sahaja, malah kami akan cuba mencari inisiatif untuk membantu golongan ini menambah pendapatan mereka.

“Contohnya, kita sendiri telah menyumbangkan juadah berbuka pada mahaad tahfiz di Kampung Gajah, Perak, pusat jagaan orang tua di Kuantan, Pahang dan sebagainya untuk menceriakan mereka yang kebanyakannya bergantung kepada sumbangan orang ramai dan zakat,” jelasnya.