Home Berita PAS Kedah

Enam waris terima sumbangan khairat kematian PKWR DUN Belantik

76
SHARE

Oleh ANA NAJWA

BELANTIK –  Dalam tempoh tiga hari berturut-turut pada minggu ini, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Belantik telah menyantuni enam orang waris yang kematian ahli keluarga masing-masing.

Antara penerima sumbangan khairat kematian yang terlibat ialah waris kepada Abd Halim Yahya beralamat di Kampung Banggol Kiat Sik, Hanani Azemi beralamat di Kampung Landai Mukim Sok Sik, Abu Hassan Mat dari Kampung Kuala Beris, Sik, waris Mendiang Berrr A/L Bong yang beralamat di Kampung Chong Sik dan terakhir ialah waris Aishah Chin dan Siti Mariam Jusoh yang kedua-duanya dari Kampung Kemelong, Sik.

Sumbangan khairat kematian sebanyak RM500 itu disampaikan oleh wakil PKWR di pejabat PKWR DUN Belantik dan di kediaman penerima.

Program Ziarah dan Menyampaikan Sumbangan Khairat kematian merupakan aktiviti lazim yang senantiasa dijalankan oleh kerajaan negeri Kedah melalui Pusat-pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) setiap DUN.

Semoga ahli keluarga waris diberi kesabaran dan ketabahan atas kehilangan orang yang tersayang.