Home Berita PAS Terengganu

Perkahwinan kanak-kanak : Jangan seleweng fakta!

88
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pengamal media serta pihak tidak bertanggungjawab diingatkan agar tidak menyeleweng fakta dalam isu ‘perkahwinan kanak-kanak’ di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata demikian setelah beberapa media dan serta individu menyebarkan maklumat salah berkenaan ucapannya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

“Saya ingin menyatakan kembali secara jelas, ucapan saya adalah berkenaan tidak menghalang remaja daripada berkahwin dalam isu penceraian yang dibahaskan.

“Namun saya hairan kenapa sebahagian pihak menggunakan istilah kanak-kanak sehingga menjadi fitnah terhadap ucapan itu,” tambah beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Tegas Mohd Nor, penyelewangan fakta tersebut telah menyebabkan kerajaan negeri terpalit dengan tanggapan negatif iaitu menyokong perkahwinan kanak-kanak sedangkan ia sebaliknya.

“Saya mengingatkan agar pihak terbabit mendengar kembali rakaman ucapan saya dan membetulkan fakta yang menjadi bualan ramai.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencalarkan reputasi saya serta kerajaan Terengganu,” tambahnya.