Home Berita PAS Kelantan

Enam pusat pelancongan berpotensi dibangunkan – YB Exco Pelancongan

121
SHARE

KOTA BHARU, 29 Mac: Antara pusat ekopelancongan yang berpotensi dibangunkan dan mendapat sambutan di Kelantan pada masa ini ialah Taman Negeri Gunung Stong, Kompleks Gua Ikan Dabong, Taman Negara Kuala Koh, Jeram Mengaji, Lata Kertas dan Pasar Terapung Pulau Suri.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, YB Datuk Abdul Aziz Derashid pada Persidangan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri Ke-14 Tahun 2022 Hari Ke-2, hari ini.

Menjawab soalan tambahan daripada ADUN yang sama berhubung pembukaan sempadan negara khususnya Thailand bermula 1 April ini, beliau menjelaskan, perkara tersebut sudah pun dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan baru-baru ini.

“Bermula 1 April ini hanya pintu masuk sebelah utara yang dibuka manakala pintu masuk sebelah selatan belum lagi dan perkara tersebut sedang dalam tindakan Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),” katanya.