Home Berita PAS Kelantan

Elaun imam, bilal ditambah

1920
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

KOTA BHARU, 11 Ogos: Kerajaan Negeri meluluskan pemberian elaun tambahan kepada imam tua dan imam muda sebanyak RM150 dan bilal RM50.

Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengumumkan berita baik tersebut dalam kenyatan rasminya, di sini, hari ini.

“Jumlah keseluruhan elaun yang diterima bagi imam tua adalah RM1,850 dan imam muda menerima RM1,350, bagi masjid mukim kategori ‘A’. Manakala bilal pula menerima RM800.

Pembayaran elaun tambahan ini melibat 587 kategori masjid mukim ‘A’, besar dan kecil di seluruh Kelantan berkuatkuasa Julai 2021”, catat kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga bersetuju memperuntukkan sumbangan RM1,500 kepada waris mangsa kategori B-40 sebagai tanda keprihatinan terhadap bebanan waris yang kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan COVID-19.

Dato’ Ahmad turut mengajak rakyat untuk meningkatkan tahap kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana kes harian meningkat dan varian Delta sudah berada dalam komuniti.