Home Berita PAS Kelantan

Elakkan pembaziran di Bulan Ramadan – YB ADUN Jelawat

22
SHARE

BACHOK, 9 April: “Elakkan membazir di bulan Ramadan, masak atau belilah makanan sekadarnya di bazar Ramadan agar tidak berlebihan.”

Demikian ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, YB Abdul Azziz Kadir sempena program tadarus bersama 35 peserta di surau al-Majid, Beris Lalang hari ini.

Beliau memaklumkan program di DUN Jelawat telah bermula pada bulan Rejab sempena sambutan bulan sembahyang dan sambutan ambang Ramadan.

Menurutnya lagi, bulan Ramadan terkandung di dalamnya amal ibadah seperti puasa, terawih, tadarus al-Quran,berzikir berdoa,bersedekah dan medapat kelebihan malam lailatul qadar.
“Justeru, carilah peluang untuk beribadah di bulan Ramadan, kerana ganjaran pahala di bulan mulia ini amat besar di sisi Allah,” katanya.

Selain itu, dalam ucapannya juga beliau berkongsi formula kepada peserta tadarus berkenaan formula untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran di bulan Ramadan.