Home Berita PAS Kedah

Ekoran Banjir Lumpur Kilang Toptone Bakal Gulung Tikar

149
SHARE

Oleh  NORJULIANA YAACOB

GURUN, 19 September : Kilang Toptone Acoustics yang beroperasi sejak 31 tahun lalu bakal gulung tikar ekoran sering berhadapan dengan masalah banjir lumpur.

Pengurus, Ng Kim Weng berkata, apabila hujan lebat air dari sungai berdekatan akan memasuki kawasan kilang.

“Keadaan berkenaan menjejaskan peralatan yang terdapat di dalam dan luar bangunan. “Kali pertama Banjir lumpur berlaku pada tahun 2017 dan pada tahun ini sahaja banjir lumpur berkenaan sudah tiga kali berlaku,” katanya.

Katanya, kali kedua banjir berlaku pada 18 Ogor 2021; 2 September 2021 dan yang terbaru pada 18 September semalam. “Jika keadaan ini berlarutan, 138 penduduk tempatan yang mencari rezeki di kilang berkenaan bakal kehilangan pekerjaan.

“Pihak kilang sangat berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera dengan menyelenggarakan sungai dengan baik supaya perkara ini tidak berulang,” katanya.

Keadaan kilang berkenaan mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit. Beliau sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka dan berjanji akan menyelesaikan masalah ini.

“Setiap kali kejadian ini berlaku, operasi kilang terpaksa dihentikan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan. “Insya-Allah pihak saya sudahpun berbincang bersama Ahli Majlis MPSPk Ustaz Mohd Ismail,” katanya.

Tambah YB Sabri, perkara ini akan diselesaikan dengan baik.