Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Papar dan Srikandi Bersatu ziarah prihatin asnaf

38
SHARE

 

Oleh: Nurizyan Haziqah binti Hussin

PAPAR: Muslimat PAS Papar bersama Srikandi Bersatu Papar turun menyantuni asnaf di sekitar Kg. Gusi kampung di sini kelmarin.

Muslimat PAS Papar yang diketuai oleh ketua Siti Aisyah Rahman bersama timbalannya Azizah Salleh turun bersama Srikandi Papar menyantuni asnaf dan membawa 30 bakul makanan, air syifa’ dan buku panduan solat untuk diagihkan.

Turut hadir dalam ziarah prihatin ialah Yang Dipertua PAS Papar Abd. Salim Karim bersama Ketua Dewan Ulamak PAS Papar Ustaz Azman Jupri serta AJK PAS Papar dan Dato’ Armizan Mohd Ali, Pengerusi Setiakawan Sabah.

Sumbangan telah disampaikan kepada penduduk kampung yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Penduduk kampung bersyukur mendapat bantuan untuk menampung kekurangan keperluan harian dalam meneruskan kehidupan,” kata Siti Aisyah.

Tambahnya lagi, Muslimat PAS Papar sentiasa mengalu-alukan kebersamaan dan sumbangan daripada semua pihak untuk membantu masyarakat yang terjejas dan memerlukan sepanjang tempoh pandemik COVID-19