Home Berita PAS Pusat

Editor Sarawak Report (SR) Namakan S. Ambiga Sebagai Sumber

5665
SHARE

PAS memandang berat penularan kandungan dokumen Pembelaan (Defence) Editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown, yang telah difailkan dalam prosiding Saman Fitnah oleh Presiden PAS YB. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di Mahkamah Tinggi London yang menamakan Datuk S. Ambiga sebagai sumber yang memberitahu kononnya pemimpin tertinggi PAS menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak.

Presiden PAS menafikan sekeras-keras semua dakwaan-dakwaan tersebut dan telah pun mengarahkan peguamnya mengambil tindakan yang sewajarnya di mahkamah.

PAS turut menggesa Datuk S. Ambiga memberikan respon terhadap dakwaan Editor Sarawak Report tersebut bagi memberikan gambaran yang sebenar terhadap kenyataan dengar cakap (hear say) tersebut.

Peguam PAS sedang mengkaji perkara ini dan kemudian akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS

Bertarikh: 31 Oktober 2017