Sekijang, 5 Oktober 2017- Pada hari Khamis yang lalu adalah merupakan aktiviti mengedar kuih bulan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sekijang dengan kerjasama Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis.
Dengan bertemakan cogankata
“PAS For All, PAS Untuk Semua”, PAS Kawasan Sekijang menyantuni kaum Tionghoa dengan edaran Kuih Bulan lambang keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Semangat setiakawan dan jalinan mesra terus ditautkan dengan kunjungan Pn.Normala Sudirman yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Cikgu Mala menyantuni kaum Tionghoa di Kg.Jawa , DUN Pemanis.
Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Sekijang, Maarof Abd Mutalib ,En.Zulkefle Abdul Kadir ,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Sekijang,Pn.Ruzanah Misman,Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Sekijang serta Hj.Said Bin Maon ,AJK PAS Kawasan Sekijang.
Walaupun PAS telah memutuskan Tahaluf Siyasi dengan DAP ,tetapi sambutan yang diterima masih baik kerana kami percaya tidak semestinya ahli DAP kesemuanya Cina dan juga tidak kesemua Cina itu adalah ahli DAP.
“Kebanyakan kaum TiongHoa berasa gembira dan tidak kekok berbual apabila bertemu ,kerana barangkali mereka mengenali saya ketika PRU 13 yang lalu”,katanya yang juga merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis yang terletak di parlimen Sekijang.
Sambil menghulurkan risalah tentang Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP),dan edaran Kuih Bulan ,Cikgu Mala beramah mesra dan menyantuni kaum Tionghoa dengan bertanya khabar di sepanjang premis perniagaan tentang perkembangan isu semasa dan kenaikan harga barang.
“Saya optimis dan percaya bahawa pemberian yang ikhlas di hati akan sampai di hati pengundi agar tertarik dengan Parti Islam SeMalaysia(PAS)” , katanya lagi yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor.