Home Berita PAS Wilayah

PERKUKUH UKHUWAH BAGI MENGHADAPI PILIHANRAYA

996
SHARE

Hulu Langat, 15 Oktober 2017 – Tamrin Ribat Ukhuwah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak telah berlansung dengan jayanya kelmarin.

Tamrin tersebut yang diadakan buat julung kalinya di bawah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan berjaya menghimpunkan hampir 40 orang pemuda dari seluruh kawasan Bandar Tun Razak.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Ahmad Ghazali Naamat berkata, tamrin ini dilaksanakan bermatlamat untuk memperkukuhkan ukhuwah dan silaturrahim dalam kalangan pemuda PAS yang hadir dari pelbagai negeri dan latar belakang.

“Tamrin ini juga dapat meningkatkan motivasi dan semangat para Pemuda PAS sebagai persiapan menghadapi PRU14 yang akan berlansung pada bila-bila masa sahaja,” ujar beliau.

Menurutnya, program tarbiyah sebegini adalah pertama kali diadakan sejak beliau bersama Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak dan menjadi kenangan manis buat beliau sebelum menamatkan sesi kepemudaan pada penggal tahun hadapan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Farkhan Md Zain yang merasmikan majlis penutup program pula menegaskan, Pemuda PAS jangan mengabaikan masalah yang dihadapi oleh ahli dan perlu membimbing dan memimpin ahli yang bermasalah.

Tambah beliau, menjelang PRU14 nanti akan timbul ahli-ahli pasif yang ingin turut serta menyumbang dalam gerak kerja pilihanraya.

“Jadi kita jangan memandang negatif kepada mereka bahkan harus meraikan kehadiran mereka dengan berlapang dada,” terang