Home Berita PAS Johor

Edaran kuih bulan Dun Maharani

212
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 19 Sept : PAS Muar mengambil peluang turun menyantuni masyarakat Cina sempena perayaan Kuih Bulan di sekitar Dun Maharani di sini, hari ini.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Johor dengan kerjasama PAS Kawasan Muar ini diadakan dengan tujuan untuk meraikan kaum non muslim melalui pelbagai perayaan selagi ianya mematuhi syariat.

Ianya juga untuk merealisasikan Projek PNM 100 dan ‘memasyarakatkan’ PAS di kalangan non muslim.

Edaran kuih bulan meliputi kawasan sekitar bandar Maharani, pekan Parit Bakar, syarikat akhbar Sin Chew Daily dan China Press serta Restoran Haji Shahrin Low ahli Macma Muar.

Ustaz Abdullah Husin sempat ditemuramah oleh pihak kedua-dua akhbar berkaitan persediaan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.

Program edaran kuih bulan ini disertai Adun Maharani, Abd Aziz Talib, Ketua Muslimat PAS Johor, Zakiah Tukirin, Naib Yang Dipertua PAS Muar, Dr Mohamad Taslim serta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Roslita Rohani.