Home Berita PAS Perak

Menteri Sertai Program ‘Berjalan Teguh Bersama’

93
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG, 18 September : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad tiba di Dataran Tarbiah  Bukit Cempedak bagi menyempurnakan dan menyertai program ‘Berjalan Teguh Bersama’ pada Ahad.

Ketibaan beliau kira-kira 7.30 pagi di sambut orang ramai yang dilihat penuh bersemangat berpakaian sukan majoriti berwarna hijau.

Aktiviti berjalan kaki secara santai sepanjang laluan berjarak 3 kilometer itu bermula dari Dataran Tarbiah  Bukit Cempedak dan berakhir di Arena Futsal Bukit Gantang.

Program  ini telah diadakan secara meriah dengan berkonsepkan terbuka serta melibatkan penyertaan lebih 1500 peserta daripada pelbagai lapisan umur.

Program Berjalan Teguh Bersama yang diadakan ini adalah membawa mesej kebersamaan bertujuan merapatkan ukhwah rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang.

Turut diadakan  pertandingan mewarna kanak-kanak , gubahan telekung oleh peserta wanita serta cabutan bertuah.

Program ini  turut dihadiri oleh Ahli Majlis Perbandaran Taiping merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Haji Rahim Ismail dan Penghulu Mukim Bukit Gantang, Haji Mustafa Kamal Zahari.