Home Berita PAS Negeri Sembilan

Edaran kuih bakar erat hubungan PAS Port Dickson dengan Jabatan Kerajaan

171
SHARE

Oleh : ABU NURAINI

PORT DICKSON, 20 Apr : Aktiviti meneruskan program tradisi tahunan di bulan Ramadhan, PAS Kawasan Port Dickson (PD) telah mengedarkan pek kuih bakar sebagai juadah berbuka puasa ke pejabat-pejabat kerajaan sekitar kawasan PD pada hari Rabu lepas.

Yang DiPertua (YDP) PAS PD Abdul Fatah Zakaria dengan diiring beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS PD juga turut serta dalam program ini.

Menurut Abdul Fatah, beliau telah berkunjung jabatan-jabatan kerajaan termasuklah Ibu Pejabat Daerah Polis PD, balai-balai polis berdekatan, Pejabat Kesihatan dan Hospital PD, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Balai Bomba Telok Kemang dan Port Dickson untuk menyampaikan pek kuih bakar tersebut.

Abdul Fatah menyatakan kunjungan ini adalah sebagai tanda penghargaan PAS Port Dickson kepada kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat kepada masyarakat dan menambah ikatan kemesraan yang telah terjalin selama ini.

“Saya merasa terharu dengan sambutan dan penerimaan yang diberikan oleh setiap jabatan kerajaan yang dikunjungi menandakan PAS kini diterima baik oleh masyarakat” kata beliau lagi setelah program selesai.