Home Berita PAS Johor

Edaran 722 kotak kurma kepada guru-guru PASTI

246
SHARE

Edaran 722 kotak kurma kepada guru-guru PASTI

Oleh : Mohamad Firdaus Adnan

Simpang Renggam, 19 April : Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dengan kerjasama Jabatan PASTI Negeri Johor (JPNJ) telah membuat edaran kurma kepada seluruh guru PASTI di Negeri Johor melalui pengurusan PASTI Kawasan.

Antara yang menerima edaran kurma, selain guru juga diberi kepada semua Pengerusi PASTI Kawasan.

Pengarah, Mohd Fairuz Alias dan Timbalan Pengarah PASTI Johor, Mohd Firdaus Jaffar bersama wakil pimpinan di peringkat DPPNJ, Mohd Ridzuan Nazri juga telah turun ke PASTI Cawangan untuk menyampaikan sendiri kepada guru-guru diiringi pengurusan PASTI Kawasan.

Program sebegini adalah bagi menyantuni para muallimah sempena kedatangan bulan Ramadan.

Selain itu, ia dapat juga memberi suntikan semangat kepada mereka untuk terus memberi khidmat terbaik dalam mendidik anak-anak PASTI khasnya di Negeri Johor.