Home Artikel PAS Perlis

Muslimat, NGO Santuni Golongan Asnaf

212
SHARE

Oleh: MUHAMMAD HADI

ARAU : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) bersama-sama dengan NGO Muslimcare Malaysia (Muslimcare) dan Pertubuhan Muslim Profesional (IMPROF) baru-baru ini telah mengadakan program bertemu golongan asnaf yang tinggal di negeri ini.

Program yang diberi nama Semarak Kasih Ramadhan itu antara lain bertujuan menyerahkan sumbangan kepada seramai 100 orang penerima yang telah dikenalpasti.

Pengerusi LKK DMPM, Dr. Uyun Malek, Ketua Muslimat PAS Perlis, Latipah Mat, wakil Muslimcare Malaysia, Zuriati Yaakob dan Suryana Sutarzi serta Ketua LKK DMPNPs Jaliah Mohd. Zakhir, antara yang turut sama menjayakan program berkenaan.

Menurut Jaliah, sebanyak 100 set sumbangan telah disediakan untuk diserahkan sempena program tersebut.

“Alhamdulillah, meskipun berdepan dengan kekangan masa, kami bersama-sama dengan NGO Muslimcare dan IMPROF sempat turun menyampaikan sumbangan di kesemua lima DUN dalam Parlimen Arau pada hari ini.

“Sebanyak 15 set sumbangan telahpun diserahkan manakala bakinya sebanyak 85 set lagi akan disampaikan oleh wakil LKK DMP Kawasan Kangar dan Padang Besar selepas ini.

“Kami berharap agar dengan sumbangan yang diberikan ini dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan para penerima di samping menggembirakan mereka untuk mengharungi hidup dalam bulan yang penuh keberkatan ini,” katanya ketika ditemui di sini.