Home Berita PAS Melaka

Edar bubur lambuk | Ameerah Masjid Tanah selit poster aurat Muslimah

137
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 25 Apr : Ameerah dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah (DMPKMT) turut mengedarkan poster aurat Muslimah bersama dengan edaran kuih dan bubur lambuk.

“Selain kuih dan bubur lambuk kita juga turut sertakan bersama poster Ameerah dan poster kempen ‘Aurat Wanita Muslimah’ kepada anak-anak muda sebagai bekalan buat mereka.”

Demikian dinyatakan Ketua Ameerah PAS Masjid Tanah, Maryam Imran ketika mengulas berkenaan program tersebut yang berlangsung, di sini, petang semalam.

Tambah beliau lagi, proses pengagihan yang bermula jam 5.00 petang itu melibatkan lebih 10 orang Ahli Jawatankuasa Ameerah dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah.

“Kita edarkan sumbangan kepada pengunjung sekitar bazar Ramadan dan beberapa kawasan lagi di Pekan Masjid Tanah ini. Alhamdulillah sambutan amat baik oleh penduduk sekitar,” ujar beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Ameerah dan DMPKMT yang terlibat menjayakan program ini.

“Semoga diterima segala amal yang dilakukan. Teruskan bekerja untuk Islam,” ujar Maryam lagi.

Sebanyak 300 bekas bubur lambuk dan 50 bungkus kuih telah diedarkan di bazar Ramadan, stesen bas dan beberapa stesen minyak sekitar Masjid Tanah.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .