Home Berita PAS Perlis

Muslimat Arau hargai jasa As-Sabiqat

121
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 25 Apri: Sebagai mengenang jasa serta pengorbanan yang pernah dicurahkan, Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau (DMPKA) hari ini telah mengadakan program ziarah menemui golongan As-Sabiqat.

Menerusi program yang diberi nama Ziarah Kasih Ramadan itu, seramai lima orang muslimat yang tinggal di Sanglang, Simpang Empat dan Pauh, dekat sini, telah diziarahi.

Mereka adalah antara aktivis muslimat yang pernah aktif suatu masa dahulu selain tiga daripadanya merupakan isteri kepada bekas calon PAS dalam pilihan raya umum sebelum ini.

Selain beramah mesra, DMPKA turut menyampaikan sumbangan tanda penghargaan kepada semua As-Sabiqat yang dikunjungi.

Program yang berlangsung selama tiga jam itu telah disertai oleh seramai tujuh orang Ahli Jawatankuasa DMPKA.