KOTA BHARU, 20 Dis: Lapan Duta Orang Kelainan Upaya (OKU) Kelantan bertekad mempromosi kejayaan negeri yang mengutamakan pembangunan sahsiah golongan tersebut melalui gagasan OKU Muqarabun ke peringkat nasional.
Ketuanya, Mohammad Kufri Omar bersyukur dengan kejayaan Kerajaan Negeri sejak 15 tahun lalu yang komited membantu mempertingkatkan tahap kehidupan golongan tersebut sehingga tertubuhnya Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK) pada tahun 2013.
“Di Kelantan kita bukan lagi bercerita tentang bantuan, tetapi mengutamakan pembangunan sahsiah OKU itu sendiri yang sudah dimulai sejak tahun 2006.
Kumpulan OKU ini berupaya membawa suara mereka dengan pelancaran Duta OKU bagi mempromosi kejayaan ini ke luar,” katanya selepas menyampaikan bantuan banjir, semalam.
Terdahulu, Duta OKU Kelantan dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Mumtaz Md Nawi, baru-baru ini.