TEMANGAN, 11 Ogos: Pusat ADUN Temangan hari ini meneruskan pembahagian sumbangan Al-It’am kepada penerima dalam DUN Temangan.
Pembahagian sumbangan tersebut diwakilkan kepada Pengarah Pusat Khidmat ADUN Temangan dan Penghulu Mukim Temangan untuk disampaikan kepada penerima.
Sumbangan Al-It’am berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, gula dan minyak al-It’am diagihkan oleh penghulu-penghulu disekitar DUN Temangan adalah dibawah Skim bantuan beras Al-It’aam Kerajaan Negeri Kelantan.
ADUN Temangan berharap semoga dengan bantuan ini, dapat meringankan beban rakyat Kelantan, khususnya penduduk di kawasan DUN Temangan.
Kerajaan Negeri Kelantan menyumbangkan kepada seramai 300 penerima Skim Bantuan Makanan al-It’am di setiap DUN setiap bulan menjadikan jumlah bulanan penerima adalah seramai 13,500 orang.