Home Berita PAS Kelantan

Dua warga UPKN terima watikah pelantikan Ahli Majlis MPKB-BRI

89
SHARE

KOTA BHARU, 12 Jan: Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sesi 2022 berlangsung pada Isnin, di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana.

Majlis penyampaian watikah disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Antara 24 penerima watikah tersebut, dua daripadanya ialah Penolong Pegawai Penerangan Zon, Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) iaitu Lim Guan Seng dan Hareetaran Raman.

Menerusi facebook rasmi Dato’ Ahmad Yakob berkata, Ahli Majlis mempunyai peranan yang cukup besar dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pembuat dasar bagi setiap Kerajaan Tempatan selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

“Ahli Majlis juga bertindak sebagai pemudahcara bagi menyelesaikan masalah rakyat di majlis masing-masing”, katanya.