Home Kenyataan Media PAS Melaka

Tahniah Ustaz Idris Ahmad dan Tuan N. Balasubramaniam Atas Pelantikan Sebagai Senator | PAS Kawasan Masjid Tanah

1020
SHARE

KENYATAAN MEDIA
PAS KAWASAN MASJID TANAH MELAKA


Ucapan Tahniah Atas Pelantikan Ahli Dewan Negara

Saya mewakili seluruh ahli dan saf kepimpinan PAS Kawasan Masjid Tanah mengucapkan sekalung tahniah kepada YB Senator Ustaz Hj Idris Ahmad, Naib Presiden PAS, dan YB Senator Tuan N. Balasubramaniam, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) atas pelantikan sebagai Senator Ahli Dewan Negara.

Kami percaya pelantikan kedua-dua tokoh PAS ini adalah satu penghormatan kepada PAS sebagai salah satu parti yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional yang ada sekarang.

Sementara pelantikan YB Senator Tuan N. Balasubramaniam, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) ke jawatan ini pula membuktikan bahawa PAS memang mewakili semua kaum dan seterusnya mengesahkan slogan “PAS FOR ALL”.

Kami berdoa semoga segala tindakan kedua-dua tokoh ini sentiasa dipandu oleh Allah swt agar sentiasa di dalam landasan perjuangan yang benar dan akhirnya memberi manfaat besar kepada agama, bangsa, negara dan masyarakat keseluruhannya.

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah
• Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka
• Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)