Home Berita PAS Johor

Dua pemegang PhD bertembung di Parit Sulong

1181
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Parit Sulong , 5 Nov : Dua pemegang gelaran Doktor Falsafah (PhD) Dr Karim Deraman dari Perikatan Nasional (PN) dan Dato’ Dr Noraini Ahmad, Barisan Nasional (BN) yang juga merupakan penyandang kerusi akan bertembung di Parlimen P147 Parit Sulong.

Perkara ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan ini, Ezahar Abu Sairin, selepas selesai proses penamaan calon pada kira-kira jam 10.15 pagi, yang berlangsung di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat.

Selain Noraini, Dr Karim yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional bakal menentang calon daripada Pakatan Harapan (PAN), Mohd Faizal Dolah.

Kerusi Parit Sulong sebelum ini telah dimenangi oleh Noraini daripada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas dengan memperolehi 24,481 undi menewaskan calon PKR, Anis Afida (16,180 undi) dan calon PAS, Ahmad Rosdi Bahri (7148 undi) dengan majoriti sebanyak 6341 undi.

Pada PRU-14 yang lepas, PH telah membentuk kerajaan setelah memenangi 115 kerusi, manakala BN memperolehi 79 kerusi sementara PAS pula mendapat 18 kerusi dan Warisan 8 kerusi daripada 222 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Rakyat dengan sebanyak 112 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.