Dr. Riduan: PAS Semakin Dicemburui
Oleh: Faris Mahfuz
Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang menyifatkan PAS sebagai musuh kecil sahaja telah mendapat kritikan oleh AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor.
Kritikan tersebut disuarakan melalui kenyataan terbaru beliau dengan menyifatkan Tun telah memberi isyarat bahawa PAS adalah ancaman sebenar PH dan bukan BN.
PAS dilihat sebagai pesaing yang mampu mencatat kemenangan cemerlang berdasarkan kepada prestasi semasa dan kekuatan akar umbi PAS.
“PH takut dengan kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh PAS. Rakyat Malaysia sudah bosan dan muak dengan politik sampah PH mahupun BN yang tidak berkesudahan dalam segenap perkara.
“Mereka saling tuduh menuduh, budaya memfitnah, menjatuhkan maruah, pembunuhan karakter, menyerang peribadi, cah keting dan lain-lain. Rakyat muak dengan politik tanpa penyelesaian, kebencian dan permusuhan tanpa sempadan.
“Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diamalkan PAS bersifat terbuka, mengkritik untuk membina, menasihat untuk menyelesaikan, berpolitik dem kesejahteraan rakyat terbanyak. Budaya ini yang rakyat mahukan dan sedang rakyat impikan selama ini,” demikian antara catatan beliau.
Beliau dalam masa sama meminta PH tidak perlu menyuruh rakyat bermusuh dengan PAS ketika mana PAS telah berjaya menawan hati rakyat Malaysia untuk membuat perubahan dalam PRU 14 ini.
“PAS dengan bergaya mengumumkan calon-calonnya pada malam 19 April yang menyaksikan kehebatan latarbelakang calon pelbagai rentas segmen samada tokoh ilmuan, profesional tahap tinggi, teknokrat, ulama berkarisma, tokoh sukan negara, pebisnis tahap jutawan, aktivis tegar dan lain-lain kompetensi.
“Justeru, bagi mereka PAS perlu disingkirkan dan mesti dianggap sebagai musuh oleh pengundi-pengundi.