Home Artikel PAS Negeri Sembilan

PAS Calonkan Pemimpin Muslim Dalam Misi Menawan Parlimen Seremban

6313
SHARE

PAS Calonkan Pemimpin Muslim Dalam Misi Menawan Parlimen Seremban.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) buat julung kalinya bakal bertanding di Parlimen Seremban, dan meletakkan calon Muslim-Melayu bagi menawan kerusi tersebut.

Calon yang dimaksudkan ialah Haji Shariffuddin bin Ahmad. 

Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Seremban yang juga merupakan Ketua Cawangan PAS Taman Semarak 2, Nilai, Negeri Sembilan.

Bermastautin lama di Nilai membuatkan Daerah Seremban kini tidak lekang dari perhatian beliau.

Haji Sharifuddin, 56 tahun, merupakan pegawai keselamatan dan kesihatan di bawah salah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia (Malaysia Airlines – MAS), dan pernah menjadi ketua jabatan keselamatan dan kesihatan di KLIA.

Beliau merupakan bekas Nazir Masjid Taman Semarak Nilai dan pernah menjadi Imam Besar Pusat Muktamar Islam MAS.

Dalam aspek penglibatan dalam masyarakat, beliau kini mempengerusikan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin, Taman Semarak Nilai yang menaungi sebilangan anak-anak yatim dan miskin di kawasan Nilai.

Dengan kelebihan yang ada daripada aspek keilmuan, kebajikan dan pengalaman memimpin ini melayakkan Tuan Haji Sharifuddin Ahmad mewakili suara rakyat Seremban tanpa mengira agama dan bangsa di Dewan Rakyat kelak.

Warga Seremban, inilah masanya memilih calon yang berprinsip dan berintegriti sebagai wakil rakyat anda !