Home Berita PAS Kedah

Dr Othman Warijo dilantik Pengarah Kesihatan Kedah yang baharu

175
SHARE

ALOR SETAR – Dr Othman Warijo telah dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Kedah yang baharu menggantikan Dr Mohd Fikri Ujang berkuatkuasa mulai semalam.

Dr Fikri berpindah ke Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pengembangan Perubatan.

Dr Othman sebelum ini adalah Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sejak tahun 2016 di mana merupakan Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam berpengalaman.

Antara jawatan pernah disandang beliau adalah sebagai Pegawai Epidemiologi Negeri Selangor dan Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM.

Juga pernah sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perkembangan Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.

Watikah pelantikan beliau telah diserahkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.