Home Berita PAS Perlis

Cakna Rakyat DUN Sanglang tumpu penduduk terjejas

82
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 10 Julai: Program Cakna Rakyat dan Bantuan Covid-19 DUN Sanglang yang digerakkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sanglang ternyata memberi kesan yang besar kepada masyarakat setempat.

Sehingga kini bilangan penduduk yang menerima manfaat daripada program berkenaan terus meningkat.

Semalam, PKWR DUN Sanglang dan NGO Pertubuhan Komuniti dan Kebajikan Arau (PeKA) sekali lagi turun padang menyampaikan bantuan kepada beberapa buah keluarga di sini yang terjejas.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi PeKA, Noramrul Amri Chan.

Menurut Noramrul, pihaknya telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa buah keluarga yang perlu dibantu.

“Oleh itu, pada hari ini PeKA dan PKWR DUN Sanglang telah mengambil tanggungjawab untuk menyerahkan segera bantuan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi di sini.