Home Artikel PAS Kelantan

Dr Mahathir diundang ke forum di Kota Bharu

1,705 views
SHARE

KOTA BHARU: NGO Pertahan hari ini menyerah surat jemputan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli panel forum yang akan diadakan di sini, 29 Mac ini.

Timbalan Pengarah Forum Anak Muda, Abdul Shakur Sharie berkata, forum tersebut akan mengupas tajuk “Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi”.

“Saya hadir ke Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia pagi tadi adalah untuk menyampaikan surat jemputan kepada Tun.

“Besar harapan kami agar pihak Tun dapat hadir ke program yang bakal dilangsungkan pada 29 Mac ini di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu,” katanya di sini.

Abdul Shakur yang juga Timbalan Presiden R hadir kepada pejabat PPBM di Petaling Jaya bersama Ahli Jawatankuasa NGO Pertahan, Mohd Suhaizi Kadir, dan Ustaz Muizzudin Muda.

Forum tersebut juga akan menampilkan pensyarah UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff; Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan bekas aktivis PKR, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard.

Abdul Shakur juga berkata, walaupun Tun dikatakan mempunyai komitmen lain pada tarikh tersebut, namun pihaknya berharap PPBM mewakilkan kepada mana mana pimpinan yang layak.

“Semoga budaya wacana sebegini terus segar dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/3/2018