Home Kenyataan Media PAS Perlis

DPPNPs Bantah Penghinaan Perancis Terhadap Islam

333
SHARE

KENYATAAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS PERLIS
DEWAN PEMUDA PAS PERLIS MEMBANTAH PENGHINAAN PERANCIS TERHADAP ISLAM

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) mengecam sekeras-kerasnya kenyataan terbaru pihak berkuasa Perancis terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW.

2. Pada 21 Oktober 2020, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengatakan dia tidak akan menghalang penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad dengan kononnya atas nama kebebasan bersuara. Pernyataan terbabit mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam di dunia.

3. Lebih biadab, terdapat penyiaran gambar menghina Nabi Muhammad di beberapa bangunan di negara itu. Berkaitan provokasi karikatur tersebut, Presiden Macron menyifatkan Islam sebagai “agama krisis” dan mengumumkan rancangan undang-undang yang lebih keras untuk menangani “pemisahan Islamis” di Perancis.

4. Umat Islam di Perancis percaya bahawa tindakan tersebut adalah cubaan penindasan agama dan mewujudkan Islamofobia yang lebih dahsyat dalam negara tersebut.

5. Berikutan itu, DPPNPs menyokong penuh keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Perancis pada semalam bersamaan hari Selasa, 27 Oktober 2020.

5. Justeru, DPPNPs menyeru sekalian umat Islam dan warga Malaysia agar memboikot barangan buatan Perancis sebagai tanda solidariti menentang provokasi terhadap kesucian Agama Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat.

Yang benar,

MUHAMMAD AZMIR BIN AZIZAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
27 Oktober 2020 | 10 Rabiulawwal 1442H