Home Artikel PAS Perak

Tahniah Dun Perak Lulus Usul Calon Adun Umur 18! | Ameerah Perak

294
SHARE

 

1) Ameerah Perak merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri Perak dan seluruh ahli dewan undangan negeri yang telah meluluskan pindaan terhadap perkara 30 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bagi menurunkan had umur kelayakan menjadi calon ahli Dewan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun selaras dengan pindaan perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

2) Langkah proaktif ini dilihat dapat membuka ruang kepada belia untuk bergiat aktif dalam politik dan turut serta sebagai pembuat dasar disamping dapat memaksimumkan penyertaan belia dalam sistem demokrasi di negeri ini.

3) Sebagai entiti muslimat muda dalam PAS, Ameerah Perak mengalu-alukan penyertaan wanita muda untuk turut sama menyumbang tenaga dan idea ke arah membangunkan Perak yang sejahtera.

4) Ameerah Perak mengajak seluruh anak muda untuk membuktikan bahawa penglibatan anak muda bukanlah berdiri atas semangat semata-mata tetapi turut sama terbangun atas prinsip ilmu, akhlak, kefahaman dan penyertaan secara menyeluruh.

5) Diharapkan dengan penurunan had umur kelayakan sebagai ADUN ini dapat meningkatkan partisipasi anak muda seterusnya melahirkan anak Perak yang celik dan cakna urus tadbir negara.

Ameerah Perak,
Dewan Muslimat PAS Perak

#ADUN18
#SidangDunPerak
#27Oktober2020
#AmeerahPerak
#MuslimatMudaPAS