Home Berita PAS Kedah

DPPNK ziarah mangsa banjir Kubang Pasu

116
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

KUBANG PASU, 14 Nov – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) melawat rumah mangsa banjir yang terjejas selepas air naik di beberapa kawasan dekat Changlun, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasrun Othman yang hadir memberi sumbangan kepada mangsa banjir berkata DPPNK akan cuba sedaya upaya meringankan beban mangsa banjir yang terkesan dengan musibah ini

“Saya mendoakan agar mereka yang terjejas dengan ujian ini diberi pertolongan segera oleh Allah SWT”, katanya.

Hujan lebat yang berlarutan sejak petang Rabu itu telah menyebabkan beberapa rumah penduduk dinaiki air secara mendadak.

Penduduk Kg. Sungai Petani, Siti Zubaidah Abd Ghani menyifatkan banjir pada kali ini adalah yang terburuk sejak 10 tahun lepas.

“Baru habis cuci banjir dalam rumah, air naik semula lebih teruk dari minggu lalu”, ujarnya