Home Berita PAS Kedah

250 peserta meriahkan kayuhan Maulidur Rasul

30
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

BALING, 14 Nov – Program serampang dua mata sempena sambutan Maulidur Rasul. Selain mengenang hari kelahiran Rasulullah, ia juga menghimpunkan 250 peserta dalam kayuhan Maulidur Rasul sejauh 50 kilometer, semalam.

Program anjuran Kelab Belia Generasi Daerah Baling, Persatuan Pencinta Alam Baling itu bermula di Kompleks Rakan Muda Daerah Baling dan berakhir di Lata Bukit Hijau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad berkata, progam itu pastinya dapat mempromosi beberapa kawasan menarik yang ada di Baling.

“Alhamdulillah, ini satu usaha yang dapat memperkenalkan daerah Baling sebagai salah satu pusat pelancongan yang menarik di Kedah.

“Progam seumpama ini saya harap diteruskan dan semestinya kami di kerajaan negeri akan terus menyokong,” katanya kepada Media PAS Baling hari ini.

Terdahulu, Najmi yang juga Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah bersama ADUN Kuala Ketil Mejar (B) Mansor Zakaria dan ADUN Bayu, Abd Nasir Idris melepaskan peserta kayuhan di Kompleks Rakan Muda Daerah Baling.

Beliau turut meluangkan masa bersama peserta pada perasmian penutup.

Progam dibuat dengan kerjasama Pertubuhan Kasih Umat Baling, Jabatan Amal Malaysia, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kupang, Bayu, Kuala Ketil dan agensi kerajaan.