Home Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Malaysia

DPPM | “Kerahan ke Himpunan 100k” (Munajat & Solidariti Al Aqsa)

2065
SHARE


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

08 Jamadilawwal 1439 | 25 Januari 2018

KERAHAN KE HIMPUNAN 100K
(Munajat & Solidariti Al Aqsa)

Himpunan 100K
(Munajat & Solidariti Al Aqsa) yang bakal diadakan mengikut butiran di bawah,
Tarikh : 27 Januari 2018 (Sabtu)
Masa. : 11 pagi hingga 11 malam
Tempat : Dataran Putrajaya

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong Himpunan 100k ini bagi menghimpunkan rakyat ke arah melahirkan rasa solidariti dan munajat terhadap apa berlaku di Masjid Al Aqsa.

Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, menggesa agar semua rakyat Malaysia dan khususnya pemuda pemuda Islam di segenap peringkat dapat mengerahkan kemampuan masing masing untuk berhimpun, serta menyatakan solidariti kepada Masjid Al Aqsa.

Marilah kita sama sama mendoakan agar Himpunan ini berjalan dengan lancar sekaligus memberikan isyarat kepada dunia akan kebersamaan kita bersama Masjid Al Aqsa.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Terus beristiqamah,

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia