Dokumen Hijau Permasalahan Ekonomi Negara Akan Dikeluarkan Tidak Lama Lagi
SETIU – Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasruddin Hassan menegaskan, program-program penerangan mesti ditingkatkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang suasana perubahan politik negara
Menurutnya, semua ahli dan penyokong PAS perlu menerangkan betapa perlunya Islam diberi peluang untuk mentadbir negara ini.
“kita kena jelas, tenang, berakhlak, ikhlas dan mendekati masyarakat agar mereka menerima perjuangan PAS,”ujarnya
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin ada Majlis Dailog yang dianjurkan oleh PAS Kawasan DUN Batu Batu Rakit di sini pada Khamis 11 Februari.
Berhubung dengan persoalan hubungan antara parti politik beliau menjelaskan, PAS tiada lagi hubungan tiada lagi hubungan dengan parti DAP.
Katanya keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak berkenaan perkara itu adalah muktamad
“hubungan kita bersama DAP terputus antara parti sama parti, namun dari segi berkawan sesama individu, dakwah tetap berjalan………….. sesama parti tiada kerjasama,” tegas beliau.
Dalam masa yang sama beliau menjelaskan bahawa perjanjian TPPA yang di tandatangani tidak akan dapat di batalkan kerana ianya melibatkan kerajaan dengan kerajaan mengikut terma yang telah di persetujui.
Sementara itu ketika mengulas satu pertanyaan terhadap sikap PAS yang dilihat tidak konsisten dalam menghadapi isu seperti GST dan terbaru TPPA, Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, PAS akan mengeluarkan satu dokuman berdasarkan Islam, berhubung perkara tersebut
“kita tolak GST…………..penyelesaianya kita ada sistem Islam yang akan kita kemukakan tidak lama lagi…in sha allah Tuan Guru Presiden akan lancar dokumen hijau,
“iaitu penyelesaian terhadap masaalah ekonomi yang tersirat dan terpahat dalam bajet baru-baru ini, (termasuk) masaalah hartanah, cukai, peruntukan dan sebagainya.
“Kita menyediakan penyelesaian mengikut Islam,”jelasya