Home Berita PAS Sarawak

DMPNS Berjaya Kumpul RM 13, 060 Hasil Sumbangan Orang Ramai

1066
SHARE

Alhamdulillah, Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) telah berjaya mengumpulkan RM 13,060 hasil sumbangan orang ramai menerusi Tabung Covid-19.

Hasil sumbangan tersebut telah diedarkan seperti berikut:
1. Sumbangan kepada NGO: RM3000
2. Kos barang & pembuatan PPE: RM5560
3. Musibah kebakaran Kg Semerah Padi Petra Jaya: RM400
4. Diagihkan kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk: RM4100

DMPNS ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, kerana meletakkan kepercayaan kepada kami.

Tabung Covid-19 masih lagi dibuka untuk mereka yang ingin memberikan sumbangan, kepada golongan yang memerlukan. Sama-sama kita ringankan beban mereka. Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Moga segala amal kebaikan yang kita lakukan di dunia ini diterima Allah dan dikurniakan ganjaran yang terbaik.

وَعَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم : “مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِيْ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَ اللَّهُ فِيْ عَوْنِ الْعَبْدِ مَاكَانَ الْعَبْدُ فِيْ عَوْنِ أَخِيْهِ.” أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ.

Dari Abu Hurairah Radiyallahu anhu, ia berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang meringankan kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan meringankan kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat. Barangsiapa memudahkan orang yang sedang kesulitan, nescaya Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Allah akan selalu menolong seorang hamba selama ia mahu menolong saudaranya.”
(HR. Muslim)

#stopcovid19
#stayhome
#dudukrumah
#dmpnsarawak