Home Berita PAS Sarawak

PAS Kota Samarahan Agih PPE

1042
SHARE

Oleh : Nurnadiana Nawi

Kota Samarahan, 13 April : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kota Samarahan (PKKS) telah menyampaikan bantuan peralatan perlindungan peribadi(PPE) kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Klinik Kesihatan Samarahan dan Hospital Simunjan semalam.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), LKK PKKS melalui kerjasama Jabatan Amal Malaysia Kota Samarahan telah menyiapkan sebanyak 1292 pelindung muka dan selesai diagihkan kepada semua pusat kesihatan tersebut.

Wakil Jabatan Amal Kota Samarahan, Ustaz Wan Hanif Wan Abdullah selesai mengagihkan bantuan tersebut sebanyak 566 PPE kepada wakil Pejabat Kesihatan Jacqualine Kho,342 PPE kepada wakil Hospital Simunjan Angela Lanting dan 388 kepada wakil Klinik Kesihatan Samarahan.

Ia sebagai memenuhi keperluan para petugas barisan hadapan negara ini khususnya di kawasan Kota Samarahan dalam memerangi pandemik COVID-19 justeru terhindar dari jangkitan ketika melaksanakan kerja perawatan dan kesihatan berkaitan sepanjang tempoh ini.

Perlaksanaan seterusnya adalah memfokuskan kepada persiapan tudung PPE untuk petugas dan penyediaan sumbangan kit keperluan makanan kepada keluarga terjejas turut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Rakyat Malaysia diseru untuk terus bagi membantu para petugas barisan hadapan yang sedang berjuang dari jangkitan wabak ini dan patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh PKP.