Home Berita PAS Negeri Sembilan

DMPN9 | Peranan muslimat menuju kemenangan PRU14

993
SHARE

KUALA PILAH: Dewan Muslimat PAS Kuala Pilah telah mengadakan program Hi-Tea dan Dialog bersama Ahli Dewan Undangan Negeri, Seri Serdang, YB Noor Hanim Ismail di Markas PAS Kuala Pilah, 24 September lalu.

Program yang bertemakan ‘PRU14: Realiti dan Peranan Muslimat Menuju Kemenangan’ turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Rafiei Mustapha dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan, Ustazah Fazilah Abu Samah.

“Sekurang-kurangnya sebanyak lima peratus pengundi muslimat diperlukan bagi membantu kemenangan buat PAS. Namun begitu, perjuangan PAS tidak sama dengan yang lain,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau mahu muslimat meletakkan tanggungjawab sebagai muslimat PAS yang dapat memenangkan Islam bukannya dengan meletakkan pelbagai alasan untuk menjauhkan diri dari perjuangan PAS.

Kata beliau lagi, tanggungjawab terhadap keluarga bagi muslimat adalah nombor satu, namun perjuangan PAS bukanlah nombor dua sebaliknya perlu seiring.

“Cara untuk memikat pengundi untuk memilih PAS adalah dengan menunjukkan diri muslimat itu sendiri sebagai ‘role model’ terbaik.

“Dengan menjadi orang yang pertama dapat menyelesaikan masalah di dalam masyarakat. Muslimat perlu ada jiwa kebajikan dengan kebajikan adalah jaminan ke syurga sekali gus dapat membantu yang lain,” katanya.

Noor Hanim juga menyentuh tentang mentaliliti pendidikan, dengan adanya maklumat pendidikan yang mantap ianya mampu menarik pancing pengundi ahli Umno dan bukan Islam. Muslimat perlu menyerlah dan terkehadapan dari semua aspek kehidupan. Dengan amalan rohani dan jasmani seperti mengamalkan mathurat dan sebagainya.