Home Berita PAS Melaka

DMPKJ lancar derma kilat baik pulih Maahad Arrahmah dilanda banjir

133
SHARE

Oleh UMMU HUSNA

JASIN, 3 Jun : Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin (DMPKJ) telah melancarkan derma kilat dalam kalangan Ahli Jawatankuasanya dan juga orang ramai untuk mengumpulkan dana bagi membantu Maahad Arrahmah Solok Gaung yang mengalami kerosakan selepas dilanda musibah banjir pada 18 Mei yang lepas.

Menurut Ketua Muslimat PAS Jasin, Kintan Man, banjir yang melanda telah menyebabkan banyak peralatan bilik guru dan pejabat yang rosak dan perlu dibaik pulih segera.

“Kita telah berjaya mengumpul RM4500 daripada para dermawan dan kita telah ‘bank in’ duit tersebut ke dalam akaun Maahad Arrahmah semalam.

“Kami amat prihatin dengan apa yang berlaku apatah lagi musibah itu melibatkan institusi pendidikan yang menjadi tumpuan masyarakat,” ujar beliau.

Kintan juga berharap agar sumbangan ini mampu mengurangkan beban yang ditanggung oleh maahad tersebut.

“Sekarang kami juga sedang mengumpul sumbangan daripada orang ramai yang ingin menderma kepada Tabung Bencana
Covid-19 yang telah dilancarkan oleh PAS Pusat baru-baru ini” ujar beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) hari ini.

Mereka yang ingin menyumbang untuk membantu kos membaik pulih Madrasah Ar-Rahmah boleh menyalurkan sumbangan di nombor akaun tertera di bawah: